JOHOR
ARKIB : 09/04/2009
Peluang temui band popular
JOHOR BAHRU 8 April - Mereka sudah datang! Siapa lagi kalau bukan kumpulan indie tempatan yang semakin mencipta nama, Meet Uncle Hussain (MUH) dan band popular Indonesia, Samsons.
Justeru, para peminat fanatik jangan melepaskan peluang untuk menyertai sesi bertemu peminat apabila dua band popular itu akan muncul di Plaza Pelangi pukul 3 petang esok sempena konsert di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Sabtu ini.
Sementara itu, penganjurnya, Ketua Koordinator Rentasche Carriers Sdn. Bhd., Shata Shaharom berkata, sehingga kini, lebih 5,000 tiket telah dijual untuk konsert yang akan berlangsung selama tiga jam itu. (GUA TAK KENCING SBB GUA DICAKAP MENATANG NI).
"Faktor bandar raya Johor Bahru sebagai lokasi yang strategik telah menjadi tarikan utama kepada peminat kedua-dua kumpulan ini untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert bersama yang julung kali diadakan.
"Konsert ini bakal memberi kepuasan kepada penonton kerana menampilkan dua kumpulan popular di negara masing-masing ketika ini dan peminat mereka tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan untuk hadir pada konsert berkenaan," katanya.
Konsert yang akan bermula pukul 9 malam bakal menghiburkan penonton menerusi lagu-lagu popular Samsons dan MUH apabila masing-masing mempersembahkan antara enam hingga tujuh lagu.
Samsons popular dengan lagu-lagu seperti Kenangan Terindah, Naluri Lelaki, Bukan Diriku dan Tak Bisa Memilikimu, manakala MUH mula meniti populariti hebat selepas menjuarai Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23) menerusi lagu Lagu Untukmu.
Sementara itu, tiket-tiket untuk menyaksikan konsert itu masih dijual pada harga antara RM33 hingga RM93.
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment