Friday, May 29, 2009

SEBAB APA GUA BUKAN SEORANG DENTIST

Sebab gua tak nak kena tunjal macamana dentist tadi kena tunjal dengan gua... Mesti laki baru dia cari gua sebab lebamkan tangan bini dia..


Tak sakit tengkorak kau.. Tiunama

Thursday, May 28, 2009

CONTRACTION OF GDP

Economic situation makin teruk.... Mana ada.... Takan la salah forecast.... Gua dah belanja banyak ni...












Errr, mintak maaf ya Na, abang tewas tadi...

Wednesday, May 20, 2009

SURAT RASMI POLITIKUS

Tuan Haji Shaharom.

PER: SUNTIKAN BANTUAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN LAP TOP

Tuan, merujuk perkara diatas, saya seperti nama dalam surat beranak saya ingin memohon jasa baik Tuan untuk meluluskan permohonan pinjaman/wang ihsan pembelian Lap Top.

Ini kerana, lap top yg sedia ada sangat la uzur keadaannya lebih2 lagi diwaktu saya ingin kembali makan gaji dalam sector Geographic Information System di alam maya ini.

Taksiran amount dana pinjaman/wang ihsan lebih kurang RM4000 sahaja. Resit dengan nilai lebih RM6000 akan diberi sebagai bukti pembelian utk tindakan Tuan claim kepada Company selanjutnya. Nilai bayaran balik bulanan tanpa cengkeram akan dikemukakan kepada Tuan mengikut hukum syarak (sila potong elaun yang berkenaan).

Semoga permohonan ini diluluskan dan diharap roh Tuan akan diberkati Allah suatu hari kelak. Amin.

Apa nak buat Tuan. Cari makan.

Berkhidmat untuk diri sendiri,
Anakmu
Sent via BlackBerry from Maxis

Kalau dah nama bapak politician, memang pendek la dia jawab... OK

Sunday, May 17, 2009

SEMALAM YANG HANGAT

gua semalam turun breakfast kat rumah atuk gua selepas di tuduh tidak datang menjenguknya untuk tempoh yang agak panjang.. hasilnya: -

1. masuk masuk je;"lu ni bila lagi nak kawin ni? kenapa lama sangat nak tunggu?"
2. gua balas, "gua tak laku" dan hasilnya, atuk nenek gua terus makan macam orang tak bersalah
3. sebab gua tak laku, atuk gua melantik gua sebagai pomen antenna rumah atuk gua.. offer letter tak keluar lagi, gua sudah panjat itu bumbung.. hasilnya, gua dapat idea nak kaler keta 2 tone.. amacam? menarik tak?





macam setan kan???

Thursday, May 7, 2009

JANGAN MAIN BANGSAT

Sesapa yang kehilangan ibu bapak malam ni, sila ke counter simpang ampat concorde.. Mak bapak gua macam biasa akan tercicir kat sana.. Malam ni gua tak pergi simpang ampat.. Gua nak ajak Kencannya tengok movie dengan sarjan.. Gua akan cuba untuk berhenti mengilangkan diri ke simpang ampat sebab agong gua juga semakin hilang.. Sesapa yang rasa nak berjudi dengan gua disunatkan menjemput gua seadanya..

TRIMAS SARJAN

Adik gua dgn andonya mencampak lunch 2 set kat gua sebelum Jumaat tadi.. terbaik. tak payah gua susah susah suapkan indomee goring ke dalam molot.. Memang chicken sandwich 2 set sangat empuk masuk tekak... tapi apa kes??? lepas sauk sandwich gua jadi lemah.... takde mood nak bikin kerja.. nak balik rumah pun jadi malas sbb perut sangat berat nak dijinjing ke kereta... Apapun trimas sarjan dan staff sarjan sbb leburkan duit melebarkan diametre mperut gua.. Kalau camni tiap2 ari, memang gua takan sebuk cari bini..